Wednesday, January 12, 2011

Jom kenal ahli2 SNSD-Fakta menarik tentang SEOHYUN

  1. Nama penuh Seohyun ialah SEO JOO HYUN..
  2. Seohyun pernah mendapat undian terbanyak bagi ketegori artis wanita yang mempunyai wajah yang neutral..
  3. Yoona ialah rakannya semasa kecil..
  4. Seohyun sangat meminati Johnny Depp..
  5. Seohyun sangat pandai bermain violin dan piano..
  6. Ibu Seohyun adalah guru muzik..
  7. Seohyun sangat pandai berbahasa Korea,China dan english..
  8. Kissing you adalah lagu SNSD kegemarannya..
  9. Seohyun menjadi pasangan kepada Yonghwa CN BLUE dalam rancangan We Got Married..
  10. Seohyun belajar bermain gitar daripada Yonghwa..
  11. Seohyun suka menghabiskan masanya dengan membaca buku..
  12. Seohyun tidak suka lirik lagu Oh!! dan sentiasa rasa susah nak menyanyikan part dia dalam lagu tu..
  13. Seohyun seorang yang sangat berdisplin dalam hidupnya..
  14. Seohyun akan pastikan dia bangun seawal 7 pagi untuk membaca buku..
  15. Yoona adalah ahli SNSD yang paling rapat dengan Seohyun even sebelum diorang debut sebab rumah diorang ni dekat je dan diorang kenal sejak kecil lagi..
  16. Seohyun gagal dalam ujian lesen memandunya sebanyak dua kali..
  17. Tiffany hadiahkan Seohyun beg semasa hari graduasinya..
  18. Seohyun sangat suka mendengar Taeyeon menyanyi..
  19. Seohyun adalah ahli SNSD yang paling kurang memasak dan membasuh pinggan selepas diorang makan sebab tugas tu selalu Yoona atau Hyoyeon yang suka buat..
  20. Seohyun ingin berkahwin pada usia 30 tahun..

Jom kenal ahli2 SNSD-Fakta menarik tentang YOONA

  1. Nama sebenar Yoona ialah IM YOONA..
  2. Yoona merupakan ratu SNSD nombor satu..
  3. Nama fan club dia ialah Luxul dan bilangan ahlinya adalah yang paling ramai sekali diantara fan club ahli SNSD yang lain..
  4. Selain penyanyi,Yoona adalah pelakon serta model yang terkenal di Korea..
  5. Yoona lebih yakin dengan dirinya dalam lakonan dan tarian berbanding dengan nyanyian..
  6. Yoona sangat rapat dengan Yuri dan dia akan buat muka paling comel sekali bila Yuri tengah sedih..
  7. Banyak artis lelaki korea yang menjadikan Yoona gadis idaman diorang..
  8. Warna kegemaran Yoona ialah biru..
  9. Jesicca pernah cakap yang Yoona adalah ahli SNSD yang paling comel dan kelakar..
  10. Yoona menggunakan henset Samsung 400 pink edisi terhad..
  11. Yoona tak pandai berenang..
  12. Yoona sangat suka lagu yang berentak balada..
  13. Yoona mahu berkahwin pada umur 27-28 tahun..
  14. Yuri pernah cakap yang ramai tidak menyangka,Yoona ialah ahli SNSD yang paling kelakar sekali kerana Yoona nampak macam pemalu apabila berada bersama peminat..
  15. Yoona diundi sebagai ahli SNSD yang paling femes di Jepun namun beberapa minggu kemudian Sunny,Taeyeon,Tiffany dan Seohyun telah menolak namanya di tangga kelima..
  16. Yoona suka mengikut gaya Sunny senyum sebab baginya senyuman Sunny tu sangat comel..
  17. Yoona sangat mengagumi vocal Taeyeon..
  18. Yoona rasa dia akan menjadi seorang chef jika dia bukan seorang selebriti..
  19. Yoona sangat suka memasak walaupun dia bukan la seorang tukang masak yang bagus..
  20. Dalam rancangan Hello Baby,Yoona dan Jesicca buat sandwich dan kimbam yang diletakkan garam dan cuka yang banyak semata2 ingin mempermainkan Tiffany dan Sooyoung..(Taeyeon dan Hyoyeon pun termakan juga)

Jom kenal ahli2 SNSD-Fakta menarik tentang SOOYOUNG

  1. Nama sebenar Sooyoung ialah CHOI SOOYOUNG..
  2. Ayah Sooyoung adalah seorang arkitek dan mempunyai syarikat kontraktornya sendiri..
  3. Sooyoung debut di Jepun pada usia 12 tahun sebagai ahli kumpulan Route O iaitu sebuah kupulan Korea-Japan yang dicipta semperna Piala dunia 2002..
  4. Semasa di Jepun,Sooyoung tinggal seasrama dengan BOA..
  5. Sooyoung tidak pernah mempunyai teman lelaki..
  6. Sooyoung lahir di Gwangju tetapi menetap di Seoul..
  7. Walaupun Sooyoung adalah ahli SNSD ketiga yang paling muda,tetapi dia tidak suka panggil atau gelarkan enam ahli yang lebih tua sebagai kakak..
  8. Sooyoung adalah jurucakap untuk SNSD..
  9. Kawan baik Sooyoung ialah kakaknya sendiri..
  10. Sooyoung pandai bermain piano..
  11. Sooyoung sentiasa rasa dia adalah ahli SNSD yang paling tidak cantik sekali..
  12. Sooyoung tinggal bersama dengan ayah,ibu,kakak dan anjing peliharaan mereka..
  13. Sooyoung adalah ahli SNSD paling muda yang selalu menang dalam game show Star Golden Bell..
  14. Sooyoung sangat suka lagu berentak balada dan paling benci lagu berentak dance..
  15. Complete adalah lagu SNSD yang paling Sooyoung minat..
  16. Sooyoung suka memberi nama gelaran kepada setiap ahli SNSD..
  17. Jika Sooyoung bukan ahli SNSD,dia mungkin akan menjadi pereka fesyen..
  18. Taeyeon sangat suka style rambut pendek Sooyoung dan dia juga turut menirunya..
  19. Sooyoung sangat mengambil berat terhadap Seohyun dan dia sentiasa bercakap dengan nada yang lembut dengannya berbanding ahli yang lain..
  20. Sooyoung merupakan satu2nya ahli SNSD yang ada bersama Taeyeon sewaktu Taeyeon menangis di dalam biliknya dan membuat keputusan untuk melepaskan posisinya sebagai ketua kumpulan..

Jom kenal ahli2 SNSD-Fakta menarik tentang HYOHEON

  1. Nama sebenar Hyoyeon ialah KIM HYOYEON..
  2. Mood Hyoyeon ni boleh berubah dalam masa yang singkat saja..
  3. Semasa Hyoyeon kecil2 dulu,dia agak tomboy sebab ayah dia selalu layan dia macam budak lelaki..
  4. Hyoyeon adalah ahli SNSD yang paling pandai memasak(Taeyeon kedua)
  5. Hyoyeon sangat suka makan makanan segera tapi sekarang dia tengah cuba untuk kurangkan tabiat ni..
  6. Hyoyeon selalu kena marah dengan ahli SNSD terutamanya Tiffany dan Yoona bila dia gerak diorang dari tidur tetapi diorang akan minta maaf balik selepas tu..
  7. Hyoyeon akan terus membasuh bajunya sendiri selepas memakainya..
  8. Hyoyeon sangat obses dengan fesyen2 terkini dan dia pernah berangan nak jadi pereka fesyen terkenal di dunia..
  9. Hyoyeon adalah ahli SNSD yang paling pandai berdikari..
  10. Hyoyeon akan membantu ahli SNSD yang lain terutama Tiffany dalam setiap koreografi diorang terlebih dahulu sebelum dia berlatih seorang diri selepas tu..
  11. Hyoyeon dapat mengingati setiap pergerakkan dalam koreografi dalam masa yang singkat saja..
  12. Hyoyeon adalah ahli yang paling kurang melakukan kesilapan tarian dalam setiap persembahan SNSD kerana dia sangat minat menari..
  13. Hyoyeon sangat berharap dapat berkahwin dalam usia yang muda dan dia sanggup meninggalkan kerier dia demi lelaki yang dia cinta..
  14. Hyoyeon belajar di China dan sangat pandai berbahasa China..
  15. Hyoyeon sangat rapat dengan Nicole Kara..
  16. Hyoyeon adalah ahli SNSD yang paling kerap cuci pinggan selepas diorang makan..
  17. Hyoyeon adalah ahli SNSD yang sangat teliti dan menjaga kebersihan dirinya..
  18. Taeyeon pernah cakap,Hyoyeon seorang yang sangat mengambil berat tentang masaalah semua ahli,dan dia sepatutnya menjadi leader SNSD..
  19. Hyoyeon sangat rapat dengan Sooyoung dan Jesicca..
  20. Jika Hyoyeon seorang lelaki,dia akan memilih Sunny atau Tiffany sebagai calon isterinya..

Jom kenal ahli2 SNSD-Fakta menarik tentang YURI


  1. Nama sebenar Yuri ialah KWON YURI..
  2. Apabila Yuri fokus terhadap sesuatu perkara dia tidak akan hilangkan tumpuan itu terhadap perkara lain..
  3. Yuri sangat lemah dalam matematik..
  4. Yuri ialah senior Sooyoung di Universiti..
  5. Yuri sangat menjaga kesihatan dia..
  6. Yuri tidak pandai memasak tapi dia suka anjurkan pertandingan memasak dengan Taeyeon..(sah2 la Taeyeon yang menang)
  7. Yuri mempunyai seorang abang yang sangat popular disebabkan oleh dia..
  8. Apabila Yuri terlalu penat,dia akan tido dengan lidah yang terkeluar..
  9. Yuri suka bercakap dengan diri dia sendiri..
  10. Yuri sangat pandai dan suka berenang..
  11. Pada penghujung tahun 2010,Yuri dipilih sebagai ahli SNSD yang paling popular di Korea..(Taeyeon tempat kedua)
  12. Yuri sangat meminati Justin Timberlake..
  13. Yuri sangat takut dengan gajah..
  14. Yuri tak suka dikalahkan dalam apa2 pertandingan yang disertainya..
  15. Yuri sangat rapat dengan abangnya..
  16. Dalam 8 ahli SNSD,Yuri sangat rapat dengan Yoona..
  17. Yuri adalah leader dancer,tetapi dia adalah ahli SNSD yang paling banyak buat kesilapan dalam tarian..
  18. Yuri mengambil masa paling kurang 3 hari untuk betol2 master dalam setiap koreografi..
  19. Sekarang Yuri belajar di Universiti yang sama dengan Seungri BigBang..
  20. Yuri akan ketawa secara sopan apabila berada bersama dengan mana2 lelaki..

Jom kenal ahli2 SNSD-Fakta menarik tentang SUNNY

  1. Nama penuh Sunny ialah LEE SUN KYU..
  2. Semasa Sunny kecil,dia tinggal di Kuwait..
  3. Wheesung adalah guru nyanyian Sunny..
  4. Sunny tak suka minum susu soya tapi dia sangat suka makan buah-buahan..
  5. Sunny dipilih oleh ahli SNSD sebagai ahli yang paling comel sekali(Taeyeon pula dipilih sebagai ahli yang paling cantik)
  6. Sunny sebilik dengan Taeyeon..
  7. Sunny dan Yuri adalah ahli yang paling banyak melakukan kesilapan dalam persembahan SNSD..
  8. Sunny sangat rapat dengan ahli kumpulan G7..
  9. Sunny sangat suka ular..
  10. 12 adalah fevret number dia..
  11. Sunny minat untuk menjadi seorang model,tapi malangnya kaki dia terlalu pendek..
  12. Lagu feveret dia ialah Ooh La La iaitu lagu asal SNSD sendiri..
  13. Sunny sangat meminati James Dean..
  14. Sunny adalah ahli SNSD yang paling suka melayari internet..
  15. Sunny sangat rapat dengan Heechul SUJU..
  16. Sunny sangat suka membaca komik..
  17. Sunny tidak pandai memasak kerana dia sangat takut pada api..
  18. Sunny adalah ahli yang paling pendek sekali..(ha3 pendek??pelik je bunyi ayat ni)
  19. Sunny sangat rapat dengan Taeyeon sebab diorang ni banyak persamaan..
  20. Suara Sunny dalam lagu Mistake memang sedap gila..(ni aku punya fakta)

Jom kenal ahli2 SNSD-Fakta menarik tentang JESICCA

  1. Nama penuh Jesicca ialah JUNG SU YEON..
  2. Dilahirkan di San francisco California USA..
  3. Jesicca adalah ahli yang paling lama menjalani tempoh training..
  4. Jesicca paling benci makan timun sebab dia tak suka baunya..
  5. Jesicca akan pastikan dia minum segelas air mineral sebelum membuat persembahan..
  6. Jesicca akan menangis apabila dia terlalu marah..
  7. Jesicca mempunyai seorang adik iaitu Kristal yang juga ahli kumpulan F(x)..
  8. Fans Jesicca talah menghadiahkan dia cincin permata masa hari jadi dia..(pergh untung la)
  9. Junho dari 2PM pernah bagi Jesicca cokelat semasa diorang rakamkan program Dream Team..
  10. Jesicca pernah menyanyikan lagu You Raise Me UP bersama Lena Park di Hollywood..
  11. Jesicca pernah menendang manager dia sehingga jatuh ke dalam kolam(ganas tol)
  12. Jesicca pernah diundi sebagai selebriti yang paling panas baran(actually ahli2 Shinee yang undi)
  13. Jesicca pernah berduet dengan Onew Shinee untuk lagu One Year later..
  14. Jesicca dan Kristal pernah menang selebriti adik beradik yang paling popular di Korea..
  15. Jesicca sangat rapat dengan Tiffany kerana diorang banyak berkongsi minat yang sama..
  16. Jesicca adalah ahli SNSD yang paling tak pandai memasak selain dari Tiffany..
  17. Apabila bersama dengan Tiffany,diorang akan bercakap dalam bahasa english..
  18. Jesicca adalah antara salah seorang ahli yang paling suka mendengar Taeyeon menyanyi selain dari Seohyun..
  19. Jesicca tidak berapa suka untuk bermain dengan ahli SNSD,jika diorang bermain suatu permainan,dia lebih suka melihat dan ketawa di tepi..
  20. Jesicca pernah meminta maaf kepada Taeyeon kerana dia tidak menyanyi dengan baik dalam satu persembahan SNSD di Seoul..